Assalamualaikum w.b.t and hello everyone!
Siapa tak kenal dengan Zalora Malaysia? Zalora merupakan shopping online nombor 1 di Malaysia. Tak percaya? Tengoklah iklan Zalora, merata-rata ada. Korang pergi je kat Youtube, Facebook, mesti adanya iklan Zalora ni. Aku pun mula kenal dengan Zalora bila tengok iklan di TV, yang 'Jangan beritahu isteri, mak, nenek, gewe bla bla....' tu hehe. Even budak-budak kecil pun boleh ingat iklan tu ;pKalau nak tahu, aku ni memang susah nak cari kasut di kedai memandangkan saiz kaki aku yang agak
One day, Zalora bagi aku baucer RM50. Aku rasa bukan aku seorang je dapat, ada lagi blogger lain yang dapat :) Tapi, aku masih ragu-ragu nak shopping dengan Zalora sebab aku pernah membaca artikel daripada beberapa orang blogger yang kata, Zalora Penipu? Tapi tu kata orang kan, belum cuba belum tahu. Aku pun berkenan sangat dengan kasut style flat, wedges dan boot ni. Jadi, aku order 2 pasang kasut. Harga berbaloi, dan yang penting saiz ada! :D
Keesokan harinya, ada van hon depan rumah aku. Rupa-rupanya kasut daripada Zalora dah sampai. Kagum aku seketika sebab aku baru je order semalam :0 Tapi, baru sepasang yang sampai, tak kisahlah... Aku pun dah baca email, kalau order lebih daripada satu barang, kemungkinan barang tu sampai lain-lain hari. Haa jangan nak melenting tak pasal-pasal hihi.
Boot and yeahhhhh I love it very much!
Next day, kasut ni pula sampai...
Apa ek nak panggil kasut ni? Flat, ballerina? Maaf la, aku bab fashion memang tak ambil tahu ahaha.
Aku dah lama mencari flat shoe ni, tapi tak pernah nak ada saiz -.- So, thank you Zalora! You can buy it HERE.
So di sini, aku nak tegaskan... Zalora bukan penipu seperti yang diuar-uarkan. Mungkin masa awal-awal kemunculan Zalora, bermasalah sikit tapi trust me sekarang aku yakin Zalora NUMBER 1 ONLINE SHOPPING! Good service, fast delivery and the items are in good quality! Highly recommended to all fashionista :) Aku cakap ni bukan kena sponsor ke apa ek, ni berdasarkan pengalaman sendiri. Marilah shopping di Zalora sekarang! Bye!
FB ZALORA :
https://www.facebook.com/ZaloraMalaysia
Sincerely, Amalina♥











